Write For Us

Najib janji KM Pulau Pinang bukan dari Umno

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
134 Views
Published
Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan akan melantik ketua menteri daripada komponen Barisan Nasional (BN) selain Umno, sekiranya mendapat mandat di Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-14.
Najib, yang juga pengerusi BN berkata, BN tetap menghormati prinsip perkongsian kuasa dan di Pulau Pinang, konsep yang dipegang dari dahulu itu akan diteruskan.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Malam bersama Rakyat di SMK Teluk Kumbar di Pulau Pinang malam tadi.
Najib turut melahirkan keyakinan akan berlaku perubahan yang memihak kepada BN di Pulau Pinang memandangkan rakyat negeri itu telah merasai kesusahan selepas dua penggal di bawah pemerintahan pembangkang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment