Write For Us

Najib jawab Dr M berhubung 'kerajaan BN boros'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
89 Views
Published
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempersol kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berbelanja dengan boros dan tidak berhemat.
Menurut Najib, kenyataan Perdana Menteri itu tidak selari didalam buku laporan Rancangan Malaysia KeSebelas (RMK 11) yang menurut Najib hutang kerajaan telah berkurangan daripada 54 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 50 peratus KDNK.
"Macam mana kita boleh jadi kerajaan (BN) boros kalau hutang kita semakin menguncup dan defisit fizkal kitapun sudah berkurangan dalam tempoh tersebut," kata Najib yang ditemui diluar lobi Parlimen selepas pembentangan RMK 11 oleh Dr Mahathir.
Dr Mahathir dalam ucapan pembentangan laporan RMK 11 menyatakan kerajaan BN telah berbelanja dengan boros dan tidak berhemat justeru kerajaan sekarang perlu berbelanja dengan cermat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment