Write For Us

Najib lebih berjasa berbanding 'bekas PM berdarah India'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
125 Views
Published
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa beliau dihargai oleh pemimpin kaum India ramai banyak membantu masyarakat itu.
Malah katanya, Presiden MIC Datuk Ser Dr S Subramaniam sendiri mengiktiraf sumbangan itu.
"Dan dia (Dr Subramaniam) menyebut bahawa saya telah melakukan lebih daripada perdana menteri-perdana menteri sebelum saya, termasuk seorang yang keturunannya dari negara India dulu," katanya.
Tanpa menyebut sebarang nama secara khusus Najib dipercayai sekali lagi menyindir bekas ketuanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kini menjadi antara pengkritik paling lantang kerajaan.
Pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun, nenek moyang Dr Mahathir dikatakan berasal dari Kerala, India.
Najib berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menyemat Plak dan Pelancaran Buku Kegemilangan 200 Tahun Pendidikan Tamil di Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Permata, semalam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment