Write For Us

Najib nafi laporan tandatangan SD sokong Dr M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
99 Views
Published
Bekas perdana menteri Najib Razak menafikan laporan yang mendakwa beliau menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai perdana menteri.
Dalam satu catatan di laman Facebook, beliau menyatakan rasa terkejut apabila ada portal tertentu yang memetik namanya.
Semalam, portal berita yang baru itu melaporkan Najib menandatangani akuan bersumpah sebagai menyokong Mahathir untuk mengetuai kerajaan campuran baru.
Bagaimanapun menurut laporan portal berita berkenaan, Najib meletakkan beberapa syarat bagi menyokong kerajaan campuran itu.
Kedudukan Najib dalam mana-mana gabungan telah mencetuskan spekulasi ekoran cubaan pembentukan kerajaan campuran baru membabit Bersatu, segelintir pemimpin PKR, Umno dan PAS.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment