Write For Us

Najib pertikai polis rampas barang anak

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
103 Views
Published
Datuk Seri Najib Razak mempertikaikan kewajaran pihak berkuasa merampas barangan milik anak bekas perdana menteri itu dalam siasatan mereka ketika ini, kata seorang peguam Datuk Harpal Singh Grewal yang mewakili Najib.
Memetik serbuan dan sitaan anggota polis Bukit Aman di kondominium Pavilion Residence Harpal Singh berkata dua unit kediaman berkenaan didiami dua anak Najib, iaitu Ashman dan Nooryana Najwa.
"Najib ingin menyatakan kekecewaan beliau terhadap penyitaan barangan peribadi sewenang-wenangnya di kedua-dua premis berkenaan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada pemberita di luar kediaman Najib di Jalan Langgak Duta hari ini.
Menurut peguam itu antara barangan peribadi Ashman yang dirampas ialah jam tangan dan komputer riba, selain pakaian, kasut serta pakaian bayi milik Nooryana.
Kata Harpal Singh tiada cubaan dibuat bagi mengesahkan sama ada pakaian, kasut serta baju bayi itu ada kaitan dengan siasatan yang dijalankan.
"Kedua-dua mereka tidak ada sebarang kaitan dengan 1MDB atau syarikat yang sedang disiasat," katanya.
Harpal Singh berkata kedua-dua anak anggota parlimen pembangkang itu berhak untuk memiliki pakaian dan kasut berkenaan, sama seperti orang lain.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment