Write For Us

Najib: Ringgit antara terbaik di dunia

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
84 Views
Published
Perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata ringgit kini merupakan salah satu mata wang terbaik dalam dunia.
"Ringgit melepasi halangan psikologi sebanyak RM4 (berbanding dolar AS) pada 5 Jan tahun ini.
"Itu bermakna di kalangan mata wang yang terbaik di dunia sekarang ialah ringgit kita," katanya ketika berucap pada mesyuarat Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.
Najib berkata beliau diberitahu bahawa kedudukan ringgit mengukuhkan, bukan hanya disebabkan kenaikan harga minyak dunia, tetapi juga kerana dana asing dan pelaburan masuk ke Malaysia.
"(Itu) kerana mereka (pelabur) yakin dengan dasar yang kita sedang melaksanakan di sini.
"Ini adalah sentimen yang dapat kita lihat," katanya.
Najib juga merujuk kepada unjuran pertumbuhan Bank Dunia untuk Malaysia pada suku ketiga 2017 sebagai bukti peningkatan prestasi ekonomi.
Bank Dunia telah menaikkan anggaran pertumbuhan 2017 untuk ekonomi Malaysia kepada 5.8 peratus pada Disember tahun lepas, berikutan permintaan domestik yang semakin meningkat dan pasaran buruh yang lebih baik.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment