Write For Us

Najib, Rosmah beri keterangan sejam di Bukit Aman

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
124 Views
Published
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, selesai memberi keterangan di Bukit Aman kira-kira jam 11.40 pagi tadi.
Pasangan itu yang tiba pada jam 10.15 pagi menerusi pintu belakang, dipercayai bagi mengelak dikesan pihak media, dilaporkan turut keluar melalui laluan sama.
Timbalan Pengarah Jabatan (Siasatan/Perundangan) Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata tiga siasatan dijalankan ke atas Najib dan Rosmah.
“Ia membabitkan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi, Seksyen 218 Kanun Keseksaan kerana perbuatan penjawat membentuk rekod atau tulis yang tidak betul bagi melindungi seseorang daripada hukuman dan Seksyen 203A Kanun Keseksaan kerana perbuatan penjawat awam mendedahkan siasatan rasmi kepada pihak tidak sepatutnya.
“Kita sedang meneliti rakaman percakapan yang dibuat sebelum menentukan tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau tidak menolak kemungkinan memanggil semula Najib dan Rosmah jika ada keperluan berbuat demikian.
Pada 8 Januari lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan nama 20 individu termasuk Najib dan Rosmah yang dirakam perbualannya sama ada terbabit dalam perbualan atau disebut mengenai skandal 1 Malaysia Develoment Berhad (1MDB) dan SRC International Berhad.
Senarai itu yang turut membabitkan beberapa tokoh kenamaan asing diperoleh daripada sembilan set rakaman perbualan 45 minit diperdengarkan SPRM dalam satu sidang media.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment