Write For Us

Najib, Rosmah difitnah dengan hanya satu gambar di Beijing

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
119 Views
Published
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berkata beliau menjadi mangsa pembohongan dan dakyah pembangkang meliputi pelbagai cara dan kaedah sehingga kemudian ditularkan.
Kata Najib, beliau dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor turut tidak terlepas daripada menjadi permainan bahan fitnah pembangkang.
"Saya juga sering menjadi mangsa pembohongan sebegini. Contohnya ada satu gambar saya di bilik hotel ketika di Beijing semasa melawat ke China.
“Isteri saya ada, menteri-menteri dan duta juga ada dengan saya tetapi dalam media sosial diviralkan (kononnya semasa ketiadaan saya) isteri saya hadir dalam mesyuarat jemaah menteri di Putrajaya.
“Sebab itulah kita mesti beritahu kepada rakyat bahawa apa-apa berita yang disampaikan, tolong selidik dahulu. Dalam Islam pun dianjurkan untuk kita guna konsep tabayyun, iaitu siasat (dan semak) dulu apa-apa berita yang disampaikan," kata Najib.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen JKKK/JKKP dan Anugerah Desa Perdana 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di Kuala Lumpur semalam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment