Write For Us

Najib sedar silap percaya individu tertentu, ulas Shafie kenapa dia kembali

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
21 Views
Published
Peguam Shafee Abdullah berkata beliau diminta oleh Najib Razak untuk mewakilinya sekali lagi dalam rayuan bekas perdana menteri itu terhadap sabitan rasuah dan hukuman penjara kes SRC International.

Katanya, beliau diminta untuk kembali selepas bekas Ahli Parlimen Pekan itu sedar beliau membuat kesilapan “dengan terlalu mempercayai individu tertentu”.

context from today's proceeding

2.42 petang: Peguam bela utama, Muhammad Shafee Abdullah menafikan terdapat konspirasi antara dirinya dan peguam dari firma guaman Zaid Ibrahim Sufian TH Liew & Partners untuk menangguhkan rayuan perbicaraan SRC Najib Razak tahun lepas.

Shafee berhujah bahawa ini adalah kerana terdapat persaingan sengit antara dia dan firma guaman berkenaan. Firma guaman itu mewakili bekas perdana menteri itu dalam rayuan SRC yang gagal tahun lalu.

Menurut Shafee, Najib ketika itu "tidak diberitahu kebenaran" dan firma guaman tersebut tidak pernah melakukan mengendalikan undang-undang jenayah sebelum bertindak untuk bekas perdana menteri itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv, malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment