Write For Us

"Najib sengaja mahu rusuhan antara Baju Merah dan BERSIH" dakwa Tun M

Loading...
Google Rank
111 Views
Published
Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Najib Razak sengaja mahu rusuhan berlaku di antara Baju Merah dan BERSIH kerana mahu melaksanakan Akta Majlis Keselamatan Negara.
"Dan dia akan cuba supaya diadakan rusuhan dengan menggunakan baju merah..dia cuba guna baju merah bertempur dengan baju kuning.
"Ini supaya ada rusuhan berlaku dan dengan itu Najib boleh isytihar Security Area menguatkuasakan undang-undang (Akta Majlis Keselamatan Negara) baru ini" kata Tun Mahahthir pada sesi taklimat selepas mengadakan Majlis Doa Selamat anjuran Parti BERSATU.
Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 diwartakan pada 7 Jun lepas dan dikuatkuasakan pada 1 Ogos tahun ini.
Tun Dr Mahathir Mohamad bersama bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat berpadu tenaga menentang MKN.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment