Write For Us

Najib tanya: Telur siapa turun?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
97 Views
Published
Bekas perdana menteri Najib Razak terus giat membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana didakwanya gagal menangani kenaikan harga bahan mentah selepas lapan bulan memerintah.
Antara yang menjadi sasaran Najib ialah harga telur yang dikatakan turun, tetapi hakikatnya, kata beliau, mengalami kenaikan.
Hal itu kata Najib terdedah selepas beliau melawat Pasar Datuk Keramat Ahad lalu.
“Dia (kerajaan) kata telur turun 2 sen. (Harga) Telur turun ke telur siapa turun?” katanya disambut sorakan gamat penyokongnya.
Malah, Najib turut menempelak Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution yang mengucapkan 'tahniah’ kepadanya kerana membantu memantau harga barang.
Bekas perdana menteri itu berkata demikian dalam sesi bertemu orang ramai di Bangsar South, Kuala Lumpur semalam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment