Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menarik balik saman fitnah terhadap bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik.
Penyelesaian saman itu direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Darryl Goon di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Peguam Najib, Mohd Hafarizam Harun berkata beliau menasihati anak guamnya berdasarkan senario yang berubah dan ada isu-isu lain yang perlu diutamakan.
Hafarizam juga menegaskan saman itu ditarik balik tanpa kebebasan untuk saman baru difailkan selepas Ling juga bersetuju menarik balik tuntutan balasnya tanpa kebebasan untuk memfailkan semula.
Peguam Ling, Ranjit Singh, berkata anak guamnya berasa lega berikutan penarikan balik saman tersebut ketika berlaku peralihan kerajaan.
Najib memfailkan saman terhadap Ling, yang merupakan bekas menteri pengangkutan kerana fitnah, berikutan kenyataan beliau yang mengatakan bekas perdana menteri itu telah mengambil dana awam.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment