Write For Us

Najib: Tergamak sungguh 'orang itu' cerca keturunan Bugis

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
112 Views
Published
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempat menyindir seorang pemimpin yang tidak dinamakan kerana menghina bangsa berketurunan Bugis dalam ucapan permulaan pembentangan Bajet 2018 di Parlimen hari ini.
"Sayang seribu kali sayang, dalam pada kita ingin membina peradaban santun susila di antara satu sama lain, sampai hati dan tergamak sungguh orang itu, orang itu memaki, mencerna etnik bangsa dari keturunan Bugis.
"Tapi tak mengapalah. Apa yang penting kita wajar terus berjiwa besar. Bak kata seloka dalam loghat utara, orang Kedah semua baik-baik cuma sorang dua saja yang mudah lupa diri.
"Kerajaan BN ini ikhlas, kerajaan untuk kerja negara dan ummah, ini dia bajet yang kita semua nanti-nanti," katanya.
Pada himpunan 'Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi di Padang Timur' baru-baru ini, dilaporkan bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyebut Najib, mungkin berasal dari 'lanun Bugis' yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis.
Bagaimanapun, Mahathir menafikan bahawa beliau menghina keseluruhan keturunan Bugis dalam ucapannya ketika perhimpunan anti-Kleptokrasi itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment