Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba pada Selasa malam untuk menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang akan diadakan Rabu.
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Ataturk Istanbul pada pukul 10.20 malam (waktu Malaysia 3.20 pagi, Rabu).
Najib diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Ketibaan Perdana Menteri disambut Duta Besar Malaysia ke Turki, Datuk Abd Razak Abdul Wahab.
Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC itu diadakan atas permintaan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dalam kapasitinya selaku Pengerusi Sidang Kemuncak Islam Ke-13, berikutan pengumuman Amerika Syarikat (AS) pada 6 Dis 2017, yang mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel. - BERNAMA

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment