Write For Us

Najib 'troll' Dr M tak boleh kerjasama dengan Muhyiddin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
60 Views
Published
Bekas perdana menteri Najib Razak semalam secara menyindir Dr Mahathir Mohamad berhubung alasan tidak dapat bekerjasama dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Najib dengan sinis memuat naik tangkap layar artikel disiarkan Malaysiakini dengan kapsyen "kenapa" merujuk kepada bekas perdana menteri keempat dan ketujuh itu.

Melalui tangkap layar itu, Najib melakukan suntingan tajuk artikel berkenaan yang asalnya: "Kenapa saya tidak dapat bekerjasama dengan Muhyiddin".

Selepas disunting perdana menteri keenam itu ayatnya kemudian bertukar menjadi: "Kenapa saya tidak dapat bekerjasama dengan Muhyiddin, Anwar, Najib, Pak Lah, Tun Hussein Onn, Ku Li, Musa Hitam, Tunku Abdul Rahman?".
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment