Write For Us

Nak bantu NGO katanya

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
76 Views
Published
Tindakan berani 11 lelaki berusia yang menjalankan aktiviti pembalakan secara haram di Kompakmen 56 Hutan Simpan Remen Chereh Tambahan di Sungai Lembing, Kuantan mengundang padah apabila mereka diberkas Bahagian Penguatkuasa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, pada malam Ahad 8 Disember.
Serbuan menahan individu berusia 33 hingga 66 tahun terbabit yang sedang berehat di rumah kongsi terletak dalam kawasan hutan simpan terbabit.
Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa) Nor Azirim Ahmad berkata, siasatan ke atas seorang individu yang bertanggungjawab menjadi perancang utama aktiviti terbabit mendakwa, permohonan lesen pembalakan sudah dibuat, namun masih belum mendapat sebarang keputusan.
Menurutnya, pihaknya kini sedang menyiasat kebenaran dakwaan individu terbabit.
Katanya, serbuan menemui dua kenderaan pacuan empat roda, tiga lori digunakan untuk memindah kayu, lima jengkaut dan tujuh jentolak yang berada dalam kawasan hutan simpan terbabit bernilai lebih RM1.5 juta yang kini disita.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment