Write For Us

Namewee bebas dari reman

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Pemuzik kontroversi Namewee, yang direman selama empat hari sejak Jumaat lalu, dibebaskan hari ini dan dilihat menuju masuk ke sebuah kenderaan berwarna merah di IPD Dang Wangi Kuala Lumpur.
Namewee direman susulan penerbitan video muzik “Like a Dog” dan disiasat bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana didakwa mencetuskan kemarahan dan perasaan agama orang lain dan salah guna kemudahan atas talian.
Video yang dimuat naik pada 10 Februari lalu itu dikeluarkan sempena Tahun Baru Cina yang jatuh pada Tahun Anjing pada 16 Februari.
Dalam pada itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata kertas siasatan terhadap Namewee akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment