Write For Us

Nazri balas Dr M, 'guna monyet supaya monyet komen'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
155 Views
Published
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata orang utan telah digunakan dalam logo tahun melawat Malaysia sejak pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
Memetik laporan Malaysiakini, Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas sindiran Mahathir terhadap logo Tahun Melawat Malaysia 20202 yang dikecam hebat di alam maya.
Malah Mahathir hari ini malah secara sinis bertanya sama ada gambar mawas yang berkaca mata hitam
itu kera atau manusia.
Nazri turut membalas sindiran Mahathir dengan berkata, beliau menggunakan gambar monyet supaya monyet seperti dia dapat membuat komen.
Nazri bagaimanapun berkata di sebalik kontroversi itu, ia tanpa sedar telah mewujudkan kesedaran awam berkaitan kempen itu.
Menurut laman web pelancongan Malaysia, orang utan digunakan bernama Wira digunakan sebagai maskot dalam kempen melawat Malaysia pada tahun 1990.
Grafik Malaya, Facebook untuk pereka tempatan, telah mengemukakan beberapa logo alternatif terhadap logo itu kerana beranggapan rekaan sedia ada itu lemah dan tidak sesuai.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment