Write For Us

Nazri gelar menteri S'wak baru setahun jagung, cakap banyak

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
119 Views
Published
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz hari ini menggelar Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai menteri 'setahun jagung'.
Ini berikutan gesaan Abdul Karim baru-baru ini agar kerajaan persekutuan menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan yang bakal berkuatkuasa 1 Ogos depan.
Karim turut menyebut mengenai Perjanjian Malaysia dalam meminta cukai itu ditangguhkan di Sabah dan Sarawak.
Mohamed Nazri bagaimanapun berkata, Karim tidak memahami perkara itu apabila mengatakan cukai berkenaan seharusnya menjadi urusan negeri.
"Tak payahlah bangkitkan agreement tu. Kami tahulah," kata Nazri kepada pemberita ketika majlis berbuka puasa di Dataran Merdeka hari ini.
Sambil menegaskan bahawa cukai baru itu sebahagian daripada cukai persekutuan, Nazri berkata kerajaan membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai cukai kerajaan persekutuan bagi mengelakkan kekeliruan.
"Bila jadi cukai federal tak berbangkit soal kita rampas hak Sarawak.
"Dia menteri baru, dia menteri BN, janganlah nak tunjuk lagak sangat. Jumpa saya, saya pun menteri BN.
"Saya jadi menteri bukan setahun dua, banyak tahun dah. Apa-apa hal kita sama-sama kerajaan. Di Sarawak tu kerajaan BN, federal pun BN. Jumpalah saya. Awak ni baru lagi, setahun jagung. Jangan cakap banyaklah," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment