Write For Us

Nazri pelawa Mukhriz masuk Umno, jamin beri perlindungan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
79 Views
Published
Anggota Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata tidak pernah terdetik dihatinya untuk keluar Umno dan menyertai BERSATU.
Sebaliknya, bekas menteri pelancongan itu berkata apa yang terlintas difikirannya kini adalah mahu memperlawa Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir kembali kepangkuan Umno.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas larangan terhadap dirinya untuk menyertai BERSATU.
Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir semalam mendedahkan parti itu bersedia untuk menerima sesiapa sahaja yang berminat, namun mereka perlu memenuhi beberapa syarat tertentu.
Bagaimanapun katanya, parti itu tidaklah terlalu terbuka sehingga individu seperti anggota Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak, anggota parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, anggota parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan anggota parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment