Write For Us

Nazri sokong RCI Memali

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
108 Views
Published
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menyokong cadangan penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Memali, sambil berkata, suruhanjaya itu harus menentukan sama ada kerajaan bertindakbalas dengan wajar.
Beliau berkata sebagai pemimpin Pemuda Umno ketika itu, beliau beranggapan bahawa pihak polis telah menggunakan kuasa secara berlebihan ketika menyerang pemimpin PAS Ibrahim Mahmood dan penyokongnya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pada sidang akhbar hari ini sama ada dirinya bersetuju dengan dakwaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad bahawa ucapan berapi-api oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika itu, yang mencetuskan tragedi berdarah Memali.
“Kita bukan nak cakap tentang apa puncanya. Saya rasa Amanat Hadi itu adalah puncanya, tetapi tindakbalas (kerajaan) tidak sepatutnya.
“Dia (Abdul Hadi) mungkin puncanya, tapi saya rasa tindakbals daripada kerajaan ketika itu tidaklah (sepatutnya) sebegitu sehingga beberapa orang mati.
"Jadi kita tidak berminat dengan punca itu. Kita berminat dengan tindakbalas kerajaan dalam mengendalikan situasi itu, dan bagi saya, tindakbalas itu berlebihan," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment