Write For Us

Nazri terima cabaran Tun M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
108 Views
Published
Umpama gayung bersambut, kata berjawab. Kini Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan kesanggupannnya berdebat dengan Tun Dr Mahathir mengenai 1MDB.
Menteri pelancongan dan kebudayaan itu juga bersedia berbalas hujah dengan bekas bosnya mengenai isu Bumiputra Malaysia Finance (BMF) yang berlaku beberapa dekad lalu, serta dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak.
Bercakap kepada portal Malaysiakini, Nazri berkata, beliau sedia berdebat dengan Dr Mahathir sebaik saja pulang dari luar negara.
Ketika ini anggota parlimen Padang Rengas itu mengadakan lawatan kerja ke Berlin, Jerman.
Beliau dijangka pulang ke Malaysia Isnin ini.
Nazri juga berkata beliau turut bersedia berdebat berkaitan tajuk-tajuk lain yang diputuskan oleh Mahathir.
Beliau yang dijadual pulang minggu depan berkata, akan bersedia untuk debat itu jika Mahathir sudi.
Dr Mahathir dan Nazri sering berbalas kenyataan sejak beberapa ketika dan kedua-duanya kelihatan saling mencabar.
Layari pautan berita di
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment