Write For Us

Nazrin seperti tidak mati dalam kebakaran - Saksi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
109 Views
Published
Saksi kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund) Nazrin Hassan memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam, bahawa keadaan mayat Nazrin tidak seperti mangsa mati dalam kebakaran.
Saksi ke-13 pendakwaan, Tan Hoss Ban Agem, 29, yang juga pegawai bomba mendedahkan perkara itu ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Datuk Salim Soib@Hamid di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.
Tahnoss yang sudah berkhidmat selama 11 tahun berkata, kebiasaannya, mangsa yang maut dalam kebakaran berkeadaan melutut atau meniarap ketika mayat mereka ditemukan pihak bomba.
Saksi sama turut menjelaskan badan Nazrin ketika ditemui di bilik tidur utama di Mutiara Homes, Mutiara Damansara tahun lalu, sebagai kaku dan kejung, dengan badannya terbaring lurus
Perbicaraan bersambung 15 November ini.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment