Write For Us

NBOS optimumkan perbelanjaan, tingkat kecekapan - PM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
132 Views
Published
Pelaksanaan inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) sejak 2009 membolehkan kerajaan mengoptimumkan perbelanjaan yang memberi manfaat kepada rakyat dengan cara paling cekap dan kos efektif, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata NBOS ialah komitmen kerajaan bagi memastikan kesejahteraan rakyat didahulukan dan ia telah dilaksanakan berdasarkan kepada tiga prinsip tonggak iaitu mesti berimpak tinggi, kos rendah dan pelaksanaan yang pantas bagi membolehkan manfaatnya dinikmati rakyat.
Mengambil contoh Pusat Transformasi Bandar (UTC), yang merupakan pusat sehenti kepada komuniti bandar bagi pelbagai perkhidmatan utama kerajaan, NGO dan swasta, Najib berkata pembinaan 20 buah UTC di seluruh negara melalui NBOS telah menjimatkan kerajaan RM2 bilion.
Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa, kos sebanyak RM150 juta perlu dibelanjakan jika kerajaan membina satu bangunan baharu untuk UTC berbanding hanya RM35 juta diperlukan untuk mengubah suai bangunan sedia ada bagi mewujudkan UTC sekarang.
"Itu contoh yang kelas. Contoh lain kita tidak perlu bina pusat latihan baharu dan kita telah dapat membenarkan polis melatih anggota mereka di kem tentera. Itu satu penjimatan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) pada sesi soal jawab mengenai keberkesanaan inisiatif NBOS bagi mengelak pertindihan fungsi jabatan dan agensi kerajaan. - BERNAMA
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment