Write For Us

"Negara Arab pun Islam tapi liga tak rehat", Kata TMJ

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
134 Views
Published
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan penstrukturan jadual perlawanan yang efisien dan mantap akan dilakukan bagi kancah Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.
Tunku yang juga Pengerusi Perkongsian Liabiliti Bola sepak Terhad Malaysia (FMLLP) berkata perkara itu telah diusulkan dalam mensyuarat lembaga pengarah.
Ini penting untuk memastikan momentum perlawanan dan pemain tidak terjejas dengan rehat yang panjang.
"Jika ada saingan peringkat umur terutama Bawah 22 Tahun dan Bawah 18 Tahun, saingan liga akan diteruskan dan tidak perlu direhatkan kerana di negara seperti Australia, saingan liga diteruskan walaupun ada perlawanan peringkat umur".
Selain itu rehat ketika bulan Ramadan juga tidak perlu lagi kerana menurut Tunku Ismail, di negara Arab yang juga majoritinya penganut Islam bola sepak mereka tetap berjalan.
"Berkenaan dengan bulan puasa, negara-negara Arab pun Islam juga tapi bola mereka tetap berjalan", Katanya ketika sidang media di Hotel Thistle, Johor Bahru, Johor semalam.
Namun Tunku Ismail berkata perkara ini akan dihalusi pada mesyuarat FAM dalam masa terdekat nanti di Kedah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment