Write For Us

Nga umum dana RM5.2 juta di Hulu S'gor, tegaskan tiada kaitan PRK KKB

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
22 Views
Published
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sebanyak RM5.21 juta bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan Projek Kampung Baru Cina di kawasan itu.

Menteri KPKT Nga Kor Ming, dalam sidang media menafikan peruntukan RM5.21 juta untuk pembangunan daerah ini melalui program Sentuhan Kasih mempunyai kaitan dengan PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei depan.

Dalam lawatan itu, Nga mengumumkan RM4.16 juta disalurkan melalui Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) manakala RM664,000 pula disalurkan kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).


Sumber video: https://www.facebook.com/newssuperfansclub/videos/7648208431909677
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment