Write For Us

NGO Jamal lapor SPRM kemewahan melampau 'orang kanan' Azmin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
152 Views
Published
Gabungan NGO Selangor hari ini menyerahkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Selangor berkaitan dakwaan kemewahan melampau Pegawai Khas kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.
Penasihat Undang-undang NGO terbabit, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, kemewahan pegawai dan kawan-kawan beliau tidak masuk akal jika dibandingkan dengan gaji yang diterima.
"Terdapat kebarangkalian mungkin berlaku penyelewengan, salahguna kuasa dan mungkin conflict of interest. Dokumen yang diserahakan pelbagai ada daripada gambar-gambar dan dokumen pendaftaran syarikat yang ada kaitan antara kerajaan Selangor dengan kemewahan yang mereka miliki."
Manakala Presiden Gabungan Martabat Pejuang Negara (GMPN), Mejar Razali Zakaria mendesak SPRM untuk menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
"Jadi daripada siasatan kami, hasil dari facebook twitter dan pelbagai-bagai media sosial, kami dapati beliau dan kawan-kawannya bermewah-mewahan"
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment