Write For Us

NGO kecam sekumpulan individu belasah 2 lelaki separuh bogel dalam kereta

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
148 Views
Published
Seorang aktivis, Numan Afifi mengecam tindakan sekumpulan individu membelasah dua lelaki yang didakwa mengadakan hubungan seks sejenis dalam sebuah kereta.
Walaupun tidak ada maklumat lanjut berhubung perkara itu, beliau mahu pihak polis menyiasat insiden terbabit.
Beliau mengulas satu klip video selama 1 minit 37 saat yang tersebar di media sosial, di mana sekumpulan individu memarahi dan membelasah dua lelaki separuh bogel.
Bagi peguam hak asasi manusia, Azlan Razak, tindakan sekumpulan individu itu membelasah dua lelaki itu adalah satu kesalahan jenayah serius dan sepatutnya merujuk perkara itu kepada pihak polis.
Buat masa ini, katanya, tidak ada siapa yang berani tampil ke depan untuk membuat laporan polis.
Satu laporan polis dibuat NGO terbabit di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment