Write For Us

NGO rayu dana RM500,000 bantu rakyat di Aleppo

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
120 Views
Published
Konflik kemanusiaan di Aleppo menarik perhatian pelbagai pihak bagi menyatakan simpati terhadap pembunuhan beramai-ramai yang berlaku ke atas rakyat Syria.
Perkara itu mendorong Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menubuhkan sebuah NGO bersama iaitu Malaysian Life Line For Syria (MLLFS) bagi menghantar misi kemanusiaan ke negara bergolak itu.
Setiausaha Agung ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata misi yang dinamakan “Misi Musim Sejuk 4.0” akan menghantar bantuan seperti kit musim sejuk, ubat-ubatan, makanan dan dana untuk pendidikan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Restoran Line Clear, Kampung Baru hari ini.
Faizal berkata, sumbangan tersebut akan disasarkan kepada rakyat Aleppo yang dipaksa keluar dari Idlit, Syria.
NGO yang bernaung di bawah MILLFS ialah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKKIM), Pertubuhan Kebajikan Nurul Iman (LOF), Gabungan Ahli Sunnah Malaysia (GASMA), Pertubuhan Ilmu Malaysia (ILMU), Malaysia Reverted Muslim (MRM) dan Global Peace Mission Malaysia (GPM).
Selain itu pihak lain yang turut sama adalah Nasi Kandar Line Clear Kampung Baru, Yayasan Ta’lim, Alkhadeem, Pustaka Bushra, Baitulssalam, Arr Sunnah Management dan Rahyanah.
Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai misi bantuan boleh melayari Malaysia4syria.org atau jika ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan kepada akaun Maybank 5648-1051-3971.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment