Write For Us

NGO Wanita mahu serah petisyen pada Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
153 Views
Published
Hampir 25 NGO Wanita berkumpul bagi menyatakan bantahan terhadap kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya mengenai kahwin selepas rogol.
Presiden Women Section Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Ng Geok Chee berkata kenyataan Shabudin itu memalukan dan tidak dapat diterima oleh kaum wanita.
Oleh itu pihak mereka sepakat untuk akan menghantar petisyen bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat.
Beliau berkata demikian pada sidang media di KLSCAH hari ini.
Turut membantah ialah The Faderation of Kwang Tung Association Malaysia, Persatuan-persatun Teochew Malaysia (Bhagian Wanita Persekutuan), Persatuan Li Chee Wanita Cina SKL dan Persatuan Hakka Malaysia (Bahagian Wanita).
Shabudin pada sidang parlimen yang lalu berkata perkahwinan antara mangsa rogol di bawah umur dengan perogolnya mungkin boleh mengubati masalah sosial.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment