Write For Us

Nota dari banduan 60000065

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
96 Views
Published
Naib Presiden PKR Tian Chua, dalam satu mesej dari penjara Kajang, memberitahu rakan dan penyokongnya bahawa penahanannya bukan sesuatu yang perlu disedihkan dan menggesa mereka terus berjuang.
Melalui satu nota yang disebarkan dikalangan aktivis dan ahli parti, Tian Chua sedar ini adalah proses perjuangan yang dilalui untuk memastikan perubahan dalam sistem politik yang dipenuhi rasuah.
Antara yang berkongsi mesej itu ialah Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.
Tian Chua pada 29 September lalu menarik balik rayuannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas sabitan kesalahan enggan bekerjasama dengan arahan polis yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen.
Beliau dikatakan melakukan kesalahan itu di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur, yang merupakan tempat penahanan ketika himpunan BERSIH 3 pada 2012.
Penarikan rayuan itu bererti beliau perlu menjalani hukuman penjara satu bulan yang diputuskan Mahkamah Sesyen.
Tian Chua berkata penarikan rayuannya bukan bererti pengakuan salah namun sebaliknya ialah kerana beliau sanggup ke penjara jika itu harga untuk “menukar sistem yang dipenuhi rasuah”.
Dalam nota terbarunya itu, Tian Chua berterima kasih kepada penyokongnya dan memberi jaminan yang beliau dalam keadaan sihat dan penuh bersemangat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment