Write For Us

Notis 14 hari untuk IGP tamat, Azmin mohon perintah mahkamah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
166 Views
Published
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk mencari dan menahan ahli perniagaan kontroversi, Jho Low, yang didakwa terlibat dalam skandal berkaitan 1MDB.
Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR, memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada petang ini.
Permohonan itu difailkan melalui firma undang-undang Daim dan Gamany.
Sebelum ini, dilaporkan bahawa Azmin telah menghantar surat permintaan kepada Khalid tetapi Khalid memberitahu menteri besar itu untuk membawa perkara itu ke mahkamah jika dia mahu.
- Ambil la tindakan mahkamah, saya tunggu - IGP
Sebelum ini, Khalid tidak kisah jika Azmin mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
Kata Khalid, beliau enggan mengulas tuntutan itu kerana siasatan ke atas 1MDB masih lagi berjalan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment