Write For Us

Novel Baswedan, pegawai antikorupsi Indonesia disimbah asid terima anugerah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
69 Views
Published
Novel Baswedan merupakan seorang lagi penerima Anugerah Juara Antirasuah Antarabangsa Perdana daripada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad malam tadi.
Ketua Penyiasat Komisi Pembanterasan Rasuah Indonesia itu telah disimbah asid pada 11 April 2019, menyebabkan kecederaan kekal di bahagian matanya.
Serangan yang dilakukan terhadapnya itu berikutan kes-kes sensitif yang dikendalikannya terutama melibatkan ahli politik peringkat tinggi dan pegawai kanan polis di Indonesia.
Ketika ditanya mengenai anugerah yang diterima dari Dr Mahathir, Novel menyifatkan ia bukan saja satu sokongan dan penghormatan buat dirinya, malah kepada semua rakan kerja dan aktivis anti-rasuah di Indonesia.
Beliau juga berharap agar Malaysia dan Indonesia dapat memperkukuhkan kerjasama bagi menentang jenayah rasuah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment