Write For Us

Nukilan Dr M 'Aku akan pergi tidak lama lagi', Hasmah kesat air mata

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
132 Views
Published
Kelihatan dengan wajah yang sugul, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah sedang menghayati sebuah video nukilan sendiri yang mungkin menyentuh perasaan kedua-dua pasangan ini.
Nukilan ‘Aku akan pergi tidak lama lagi’ bukanlah sebuah nukilan yang baru. Mahathir pernah menulis nukilan itu pada 2015 di blog rasminya Chedet dengan tajuk ‘Malaysia Tanahairku’.
Video karya Areel Abu Bakar itu memaparkan figura negarawan yang pernah memimpin negara Malaysia selama 22 tahun.
Selesai sahaja video itu dimainkan, Tun Hasmah kelihatan sebak dan mengambil kain yang ada ditangannya untuk mengesat pipinya.
Video itu dimainkan untuk tontonan para hadirin dalam Majlis Makan Amal Muo yang dihadiri tiga pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Muar semalam:-

Pengerusi BERSATU - Tun Dr. Mahathir Mohamad
Presiden BERSATU - Tan Sri Muhyiddin Yassin
Ketua Pemuda BERSATU - Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Antara bait nukilan tersebut ialah:
Aku akan pergi tak lama lagi
Bangsa yang merdeka
Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit
Maruah dijual
Bangsa dijual
Tanahair dijuals
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja
Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia
Akan kembalikah bangsaku
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu
Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa
Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana agama
Kerana bangsa
Kerana negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti…
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment