Write For Us

Nurul Iman sebak cerita saat Anwar dipenjara

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
139 Views
Published
Hal berkaitan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu meminta maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu diungkit lagi.
Sebaliknya, anak perempuan kedua Ketua Umum PKR itu Nurul Nuha berkata isu berkaitan negara kini perlu diberi perhatian segera.
“Saya rasa isu itu tak perlu diungkit. Saya dah sebut dalam kenyataan sebelum ini bahawa kami akan sokong dengan apa-apa keputusan yang dibuat oleh papa dan itu penting.
“Isu itu saya rasa kita terus lihat kehadapan dan ada reform agenda yang mereka sama-sama bersetuju antara papa dan Tun Mahathir, sekarang kita fokus kehadapan dan apa yang terbaik negara,” katanya.
Nurul Nuha berkata demikian kepada pemberita selepas tayangan dokumentari dan Forum Bebas Anwar bersama anak-anak Anwar di Fluent Space, Kelana Jaya malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Anwar dan Tun Mahathir Isnin lalu mengeluarkan kenyataan bersama menentang Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment