Write For Us

Nurul Izzah menang saman fitnah RM1 juta

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
208 Views
Published
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini menang dalam kes saman fitnahnya terhadap anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung pertemuannya dengan 'puteri Sulu' Jacel Kiram.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Ismail dan Khalid masing-masing membayar RM600,000 dan RM400,000 kepada penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai itu.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Faizah Jamaluddin turut mengarahkan mereka membayar ganti rugi kos berjumlah RM80,000.
Mengulas keputusan itu, Nurul Izzah berkata wang saman yang dimenanginya akan disalurkan kepada anggota keluarga yang terkorban dalam insiden pencerobohan Lahad Datu pada 2013.
"Mereka membuat pelbagai tuduhan terhadap saya (kononnya sebagai pengkhianat). Tetapi saya seorang patriot," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment