Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar Umno belajar daripada kejayaan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Perdana Menteri India Narendra Modi mengundang rasa kecewa pemimpin pembangkang.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata ini kerana kenyataan Menteri Dalam Negeri itu dilihat hanya akan merelakan penipuan bagi memenangi pilihan raya.
Nurul Izzah berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan mangsa buli di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur hari ini.
Ahmad Zahid semalam dilapor sebagai berkata Umno perlu belajar daripada kejayaan Trump dan Modi dalam mempengaruhi persepsi umum melalui media sosial.
Berucap di hadapan kira-kira 2,000 anggota wanita Umno di PWTC, Naib presiden Umno itu berkata kedua-dua tokoh itu tidak popular tetapi akhirnya membawa parti mereka memenangi pilihan raya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment