Write For Us

'Obligasi mandatori' PAS pastikan Umno menang Rantau

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
59 Views
Published
PAS akan menggabungkan jenteranya dengan jentera Umno bagi menghadapi PRK DUN Rantau yang akan berlangsung 13 April ini.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata ia bagi memastikan kempen kedua-dua parti berjalan lancar dan berkesan.
Takiyuddin berkata pihaknya yakin Mohamad akan kekal sebagai calon dan diberi mandat oleh pengundi di Rantau.
"Ini berdasarkan rekod perkhidmatan beliau yang cemerlang, bukan saja kepada DUN Rantau, malah seluruh rakyat Negeri Sembilan," katanya lagi.
Mohamad diumum menang tanpa bertanding pada PRU lalu selepas pegawai pengurus pilihan raya melarang pencabarnya - Dr S Streram daripada PKR - memasuki dewan penamaan bagi menyerahkan borang.
Bagaimanapun mahkamah pilihan raya pada Nov lalu memutuskan kemenangan itu tidak sah dan terbatal, serta mengarahkan pilihan raya diadakan semula.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment