Write For Us

OKU dipukul: Polis siasat 3 laporan didakwa disediakan anggota sendiri - Peguam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
28 Views
Published
Peguam N Surendran berkata pihak berkuasa sedang menyiasat dakwaan pemandu e-hailing Orang Kurang Upaya (OKU), Ong Ing Keong disuruh menandatangani tiga laporan yang disediakan polis berhubung kes serangan terhadapnya.

Tiga laporan itu didakwa disediakan polis selepas dia membuat laporan pertama pada 28 Mei lalu, mendakwa dirinya diserang seorang pengiring Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

"Mereka (polis) sedang melihat perkara itu," kata Surendran yang mengiringi Ong ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields bagi memberi keterangan, hari ini.

Sementeria Surendran memberitahu pemberita bahawa polis telah menyelesaikan "kira-kira" 80 peratus siasatan dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment