Write For Us

Ops Lalang: Cerita tak tersiar sejak 30 tahun berlalu

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Selama tiga dekad, penulis Dave Anthony hanya menyimpan dokumentari Operasi lalang hasil karyanya. Beliau tidak menerbitkannya di mana-mana.
Projek itu amat dekat dihatinya, memandangkan isterinya Lim Chin Chin merupakan salah seorang daripada 106 yang ditahan dalam operasi tersebut.
Menerusi operasi itu, mereka ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA). Ada yang ditahan sehingga dua tahun tanpa apa-apa pendakwaan.
Beliau menghabiskan berbulan-bulan untuk proses dokumentasi penangkapan, merakam pandangan tokoh dan personaliti pada era itu, serta beberapa tahanan pertama yang dibebaskan.
Mengapa Anthony menyimpan dokumentari itu untuk satu tempoh yang lama?
"Situasi ketika itu agak tegang dan sensitif. Saya tiada medium atau saluran untuk menyebarkannya.
"Ketika itu, kita tak ada Malaysiakini atau KiniTV yang boleh menjadi medium untuk menyiarkannya.
"Jadi dokumentari ini hanya tersimpan sahaja, tanpa ada apa-apa," katanya kepada KiniTV, yang dipilihnya untuk menyiarkan dokumentari 30 minit itu buat kali pertama.
Anthony ketika itu menguruskan sebuah syarikat penerbitan yang bertumpu kepada dokumentari berkaitan hak asasi manusia dan aktivisme.
Maka, beliau berpeluang untuk mengumpul banyak rakaman kejadian yang membawa kepada operasi itu, serta peristiwa-peristiwa selepasnya.
Beliau berharap dengan mempersembahkan dokumentarinya, rakyat Malaysia akan lebih memahami sejarah negara.
"Semoga ia mencetuskan kesedaran dan menambah kefahaman kita terhadap sejarah sendiri, dan dengan itu membawa kepada masa depan yang lebih baik.
"Dan apa yang kita dapat lakukan pada hari ini untuk mengelakkan sejarah itu berulang," katanya.
Tonton dokumentari itu di KiniTV.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment