Jawatankuasa Bertindak Tanah dan Wilayah Adat Orang Asli Pos Lanai meminta kerajaan mengkaji semula pembinaan Projek Hidroelektrik Empangan Telom di Pos Lanai di Kuala Lipis, Pahang.
Pengerusinya Jeffry Hassan berkata kerajaan perlu meneliti kesan sampingan projek Tenaga Nasional Bhd (TNB) itu terhadap kira-kira 2,000 masyarakat Orang Asli, selain impak alam sekitar kepada hutan seluas 7,600 hektar yang menjadi sumber pendapatan mereka.
Menurutnya, jawatankuasa itu memfailkan injunksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menghalang pembinaan empangan itu pada Mei 2015 namun TNB berjaya memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi Temerloh pada Ogos 2016 di mana jawatankuasa itu gagal dalam injunksi untuk menghalang TNB membuat kerja-kerja pembinaan empangan di Pos Lanai.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment