Write For Us

Orang muda tidak lagi sanggup melihat Islam ditindas

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
85 Views
Published
Generasi muda di seluruh dunia kini semakin ramai bangkit menyuarakan kebimbangan terhadap penindasan umat Islam kerana tidak lagi sanggup melihat saudara seagama mereka dizalimi khususnya di China, Kashmir dan Myanmar.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata semakin ramai golongan muda di seluruh dunia bangkit menyuarakan bantahan terhadap kezaliman yang perlu didengar pemerintah negara terbabit.
Beliau berkata, golongan muda di negara ini tidak ketinggalan berhimpun secara aman sebagai tanda bantahan terhadap penindasan berkenaan, selain menyerahkan memorandum bantahan ke kedutaan negara terbabit.
Beliau ditemui media selepas program Solat Hajat Perdana dan Qunut Nazilah untuk masyarakat Islam Uighur dan Kashmir di Masjid Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), pada Jumaat, 27 Disember.
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment