Write For Us

'Orang yang curi duit itu sekarang ini jadi bos mereka'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
111 Views
Published
Kerajaan bersedia menyalurkan bantuan makanan kepada penuntut universiti awam sekiranya mempunyai peruntukan kewangan mencukupi, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata kerajaan sentiasa berusaha memastikan kebajikan mahasiswa terjaga dalam pelbagai aspek.
"Kita akan cuba. Kalau kita ada duit banyak kita boleh beri ´full meal´ kepada semua orang tetapi duit kita telah dicuri.
"...Dan orang yang curi duit itu sekarang ini jadi bos mereka...bos orang tertentu...jadi sukar kita nak urus. Mungkin duit yang dicuri itu ada di mana kita tak tahulah...bawalah balik bagi kepada penuntut-penuntut ini, " katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas laporan bahawa ada dalam kalangan mahasiswa sebuah universiti terpaksa mengikat perut kerana kekangan kewangan dan mereka yang terpaksa berdepan dengan situasi itu kebanyakannya daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment