Write For Us

Otai Reformis cadang Azmin cuti rehat, curiga campur tangan Dr M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
88 Views
Published
Putrajaya disaran memberikan cuti kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali dari tugasan rasmi sementara siasatan dilakukan keatasnya susulan kontroversi klip video seks sejenis yang dikaitkan dengannya.
Pengerusi Otai Reformis 1998 Dr Idris Ahmad berkata, perkara itu bagi menjaga baik kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Otai Reformis juga menyarankan agar Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi diberikan cuti rehat dari tugasan rasmi beliau bagi membolehkan pihak PDRM dan SPRM menjalankan siasatan terhadap video seks yang melibatkan imej mirip beliau,” katanya dalam sidang media di Warung Amjal, Bangsar hari ini.
Selain itu Idris juga mengakui pihaknya curiga dengan campur tangan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam isu itu dengan mengatakan video tersebut boleh dipalsukan.
“Manakala pelaku (pula) dalam rakanan video itu telah membuat akuan pendedahan bahawa mereka berdua terlibat dalam aksi seks tersebut,” katanya.
Otai juga menggesa agar Mahathir tidak berat sebelah dalam mengendalikan isu tersebut kerana Anwar Ibrahim yang ketika itu Timbalannya pada 1998 dipecat kerana dakwaan salah laku.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment