Write For Us

Pada ahli politik sudah-sudahlah, rakyat di bawah terkesan - DPMM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
8 Views
Published
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Norsyahrin Hamidon berkata hasil dari tinjauan pihaknya mendapati apa yang diwar-warkan bahawa ekonomi sudah semakin baik tidak berapa tepat.

Ini kerana menurut Syahrin, peniaga-peniaga banyak mengeluh berikutan perniagaan yang dijalankan menurun kerana kuasa membeli sudah semakin kurang.

Justeru Syahrin menasihatkan ahli politik supaya berhenti untuk berbalah berebut kuasa kerana ia akan menyebabkan pelabur-pelabur lari sekaligus menjejaskan ekonomi negara.

Terdahulu DPMM yang diwakili Norsyahrin menandatangani perjanjian persefahaman usaha sama dengan RichWorks yang diwakili Pengerusinya, merangkap mentor usahawan Azizan Osman.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment