Write For Us

Padah sembunyi gula

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
100 Views
Published
TINDAKAN lelaki ‘menyembunyikan’ 1,536 paket gula bernilai RM4,377.60 dalam kedai runcit miliknya di Sungai Besi, Kuala Lumpur mengundang padah apabila barang kawalan itu dirampas dalam serbuan, kelmarin.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur Ariffin Samsuddin berkata, serbuan dilakukan kira-kira 10 pagi itu adalah hasil aduan awam yang mendapati premis runcit berkenaan dipercayai menyimpan bekalan gula melebihi had simpanan ditetapkan bagi lesen runcit.
Berdasarkan keterangan pemilik premis itu berusia 30-an, dia memberi alasan menyimpan banyak bekalan gula sempena musim perayaan dan untuk dibekalkan ke premis berhampiran.
Kes itu disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment