Write For Us

Padu: Rakyat bukan tak nak kongsi data, tapi risau keselamatan siber - MP

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
6 Views
Published
Ahli Parlimen Pasri Mas berkata, kebimbangan rakyat dalam mendaftar Pangkalan Data Utama (Padu) ialah berkenaan keselamatan sistem tersebut.

Menurut Ahmad Fadhli, rakyat bimbang jika sistem tersebut digodam seperti yang didedahkan oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli semalam di Dewan Rakyat.

Semalam Rafizi mendedahkan lebih dua juta cubaan bagi menembusi ciri keselamatan Pangkalan Data Utama (PADU) dibuat setiap hari, ketika peringkat permulaan sistem itu diperkenalkan.

Bagaimanapun Rafizi berkata, setakat ini tiada pihak yang berjaya kerana ciri keselamatan sistem berkenaan mematuhi piawaian global, termasuk bagi komponen keselamatan rangkaian.

Sumber Video : https://www.youtube.com/watch?v=CPDmF5zMZoc
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment