Write For Us

Pahang siasat gelaran 'Datuk' Boy Iman

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
144 Views
Published
Kerajaan negeri Pahang menyiasat penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Datuk Noruliman A Rahman atau dikenali Boy Iman yang disiasat berhubung kes penipuan penjualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.
Memetik Bernama Radio, Setiausaha kerajaan negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata tindakan awal telah diambil dengan menyemak sekiranya nama pelakon itu pernah disenaraikan sebagai seorang daripada penerima penganugerahan darjah atau pingat kebesaran daripada istana Pahang.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan membawa perkara itu kepada pengetahuan Sultan Pahang untuk tindakan selanjutnya seperti penarikan semula gelaran tersebut.
Memetik Harian Metro, Pengarah Urusan DBI Properties sebelum ini mendakwa menerima pingat dari Istana Pahang dan gambarnya memakai pingat kebesaran itu tular di laman sosial.
Boy Iman bersama dua lagi suspek utama ditahan di Ampang dan Setapak, Kuala Lumpur, dua hari lalu bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani sebelum ini berkata, pihaknya menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah ditawarkan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment