Write For Us

'Pak haji' yang korupsi bukan pemimpin kita, kata Nurul Izzah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
178 Views
Published
Merujuk kepada kata-kata Pendita Za'aba, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menegaskan bahawa Pakatan Harapan tidak memerlukan 'pemimpin yang namanya sahaja pak haji tetapi korupsi'.
Sebaliknya, kata beliau, parti pembangkang kini memerlukan pemimpin yang berfikiran kritis.
Oleh demikian Nurul Izzah berkata Pakatan Harapan perlu lebih bertegas dengan mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dengan pakatan itu selain komited agenda reformasi yang dibawa mereka.
Beliau yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, kerjasama tersebut amat diperlukan bagi membolehkan pertembungan satu lawan satu dengan BN dalam pilihan raya akan datang.
Nurul izzah berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Harapan yang julung kali diadakan di Shah Alam hari ini.
Kenyataan Nurul Izzah itu dipetik dari cendekiawan Zainal Abidin Ahmad atau dikenali dengan nama pendita Za'aba.
Kata Nurul Izzah apa yang diperlukan negara adalah pemimpin yang melawan rasuah dan bukannya berpengetahuan agama semata-mata.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment