Write For Us

Pak Jabit pulang ke rahmatullah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
152 Views
Published
Abdul Kadir atau Man Kadir Samsi meninggal dunia pada 7.10 pagi tadi di sebuah klinik di Lanchang.
Lebih dikenali dengan watak Pak Jabit dalam rangkaian filem arahan Mamat Khalid seperti Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Man Laksa.
Pemergian Pak Jabit disahkan anaknya, Atan Salim dalam satu status di Facebook milik Allahyarham satu jam selepas pemergian Allahyarham.
Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Lanchang dan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam hari ini.
Allahyarham dipercayai menghidap sakit jantung dan dibawa ke klinik selepas mengadu sakit dada awal pagi tadi.
Pak Jabit pernah bertugas sebagai wartawan pada awal 1980-an dan aktif di pentas politik bersama PKR.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment